Poster IT: Chapter Two Diperlihatkan Secara Rasmi!


Twitter rasmi filem IT baru sahaja berkongsikan gambar teaser poster terbaru untuk filem sambungan, IT: Chapter Two, yang boleh dilihat melalui gambar di bawah. Saksikan:


Pelakon yang akan muncul untuk filem IT: Chapter Two adalah seperti James McAvoy (francais X-Men, Split) sebagai Bill, Jay Ryan (Beauty and the Beast) sebagai Ben, dan James Ransone (Generation Kill) sebagai Eddie, dengan Andy Bean (Here and Now) sebagai Stanley Uris, Isaiah Mustafa sebagai Mike, Teach Grant (Altered Carbon, Damnation) sebagai Henry Bowers, dan Bill Skarsgård (Atomic Blonde) sebagai si badut Pennywise.

Filem IT ditayangkan pada bulan September tahun lalu dan mencatatkan kutipan minggu pembukaan sebanyak USD123.1 juta, dan mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD700 juta di pasaran antarabangsa, menjadikannya filem seram paling laris dalam sejarah.

Filem IT: Chapter Two ditulis oleh Gary Dauberman berdasarkan buku karya penulis tersohor, Stephen King dan akan diarahkan sekali lagi oleh Andy Muschietti. Filem IT: Chapter Two telah dijadualkan untuk tayangan pada 6 September 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post