Episod keempat siri Disney+ Moon Knight diberi tajuk "The Tomb” diteruskan dengan Steven Grant dan Layla yang terus menjejaki Harrow dan konco-konconya untuk mengesan lokasi makam Ammit. Mereka menemui tapak perkhemahan yang ditinggalkan berhampiran lokasi makam Ammit, namun tiada kelibat manusia yang kelihatan. Mereka masuk ke makam tersebut, namun menemui laluan seakan pagar sesat (maze) berbentuk Eye of Horus. Mereka turut mendapati yang beberapa pasukan pencarian Harrow tekah dibunuh dan isi perut mereka dikeluarkan. Rupa-rupanya ianya adalah perbuatan paderi Mesir yang disumpah untuk menjadi penjaga makam tersebut, yang kemudiannya menyerang Steven dan Layla. Layla berjaya menewaskan paderi tersebut, namun telah bertemu dengan Harrow.
BERKAITAN: Review Siri Disney+ Moon Knight Episod 1 & 2 - Apa Yang Menarik?
Dalam masa yang sama, Steven berjaya menemui lokasi makam Ammit, dan membuka keranda batu yang menempatkan Ammit. Steven mendapati yang avatar terakhir Ammit adalah Alexander the Great; dan berjaya mendapatkan ushabti Ammit yang disorokkan di dalam badan Alexander the Great yang telah dimumiakan. Tidak lama selepas penemuan itu, Harrow tiba dan telah menembak Steven (kini dalam personaliti Marc), menyebabkan Marc terjatuh ke dalam air. Marc telah tersedar dan mendapati dirinya berada di sebuah hospital psikiatrik. Di situ, beliau turut bertemu dengan Harrow yang menjadi seorang therapist. Di situ, Marc dan Steven wujud dalam 2 personaliti yang berasingan, malah mereka bekerjasama untuk melepaskan diri dati tempat tersebut. Mereka telah menemui satu lagi keranda batu dan mendapati ada orang terperangkap di dalamnya, sebelum disapa oleh seorang wanita berkepala badak air. Siapakah figura tersebut?
Post a Comment