Setelah sekian lama menanti, dan seperti dijanjikan, akhirnya Sony Pictures memperlihatkan trailer penuh filem Spider-Man: No Way Home, mengesahkan kemunculan watak-watak penjahat dari filem Spider-Man terdahulu seperti Doc Ock, Green Goblin, Electro, Lizard dan Sandman. Saksikan trailer filem Spider-Man: No Way Home di bawah :



Filem terbaharu dalam senarai filem Marvel Cinematic Universe ini menyaksikan kembalinya Tom Holland sebagai Peter Parker/ Spider-Man, di samping Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Selain itu, melalui trailer terbaharu ini juga, watak Electro (lakonan Jamie Foxx) dan Green Goblin (lakonan Willem Defoe) juga disahkan. Spider-Man: No Way Home menampilkan semula pelakon-pelakon seperti Zendaya (melakonkan watak MJ), Jacob Batalon (melakonkan watak Ned), Marisa Tomei (melakonkan watak Aunt May), Tony Revolori (sebagai Flash), dan Jon Favreau (sebagai Happy Hogan). Seperti mana siri Disney+ WandaVision, filem Spider-Man: No Way Home akan berkait secara langsung dengan kejadian dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness arahan Sam Raimi, yang juga merupakan pengarah trilogi filem Spider-Man ditunjangi Tobey Maguire sebelum ini. Walau bagaimanapun, trailer terbaharu ini tidak menunjukkan sebarang kelibat Tobey Magurie mahupun Andrew Garfield.

Spider-Man: No Way Home dijadualkan untuk tayangan di Malaysia pada 16 Disember 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post