Selepas secara tak sengaja trailer filem Spider-Man: No Way Home 'bocor' di Internet semalam, hari ini Sony Pictures secara rasmi telah memperlihatkan teaser trailer filem Spider-Man: No Way Home. Saksikan teaser trailer filem Spider-Man: No Way Home di bawah:



Trailer tersebut menampilkan kemunculan semula watak-watak penjahat dari trilogi filem Spider-Man terdahulu, iaitu Doctor Octopus (lakonan Alfred Molina) dan Green Goblin (lakonan Willem Dafoe), selain menyaksikan Peter Parker/ Spider-Man (lakonan Tom Holland) bekerjasama dengan Doctor Strange. Namun begittu, walaupun Jamie Foxx (melakonkan watak Electro dalam trilogi filem Spider-Man terdahulu) telah mengesahkan akan muncul dalam filem ini, namun watak berkenaan tidak kelihatan dalam teaser trailer ini. 

Spider-Man: No Way Home menampilkan semula pelakon-pelakon seperti Zendaya (melakonkan watak MJ), Jacob Batalon (melakonkan watak Ned), Marisa Tomei (melakonkan watak Aunt May) dan Tony Revolori (sebagai Flash) and Hannibal Buress.


Seperti siri Disney+ WandaVision, telah disahkan filem Spider-Man: No Way Home akan berkait langsung dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness arahan Sam Raimi. Menariknya, Sam Raimi juga adalah pengarah yang mengarahkan trilogi pertama filem Spider-Man ditunjangi Tobey Maguire. Walau bagaimanapun, berbeza dengan trailer yang bocor semalam, tiada kelibat Tobey Maguire, Andrew Garfield, mahupun Charlie Cox (yang melakonkan watak Matthew Murdock/ Daredevil dalam siri TV Daredevil di Netflix) dalam teaser trailer ini. Nampaknya Marvel Studios masih berahsia tentang perkara ini.

Spider-Man: No Way Home dijadualkan untuk tayangan pada 17 Disember 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post