Filem The Matrix 4 akhirnya mempunyai tajuk rasmi! Warner Bros. telah mengumumkan bahawa filem tersebut akan menggunakan tajuk rasmi The Matrix: Resurrections. Pengumuman tersebut dibuat oleh Warner Bros. dalam acara CinemaCon baru-baru ini, selain turut memperlihatkan teaser trailer dan beberapa sedutan dari filem tersebut.

BERKAITAN: Chad Stahelski Dan David Leitch Kembali Bekerjasama Dalam FIlem The Matrix 4

The Matrix: Resurrections menyaksikan kembalinya Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, dan Jada Pinkett Smith yang menyambung watak ikonik mereka sebagai Neo, Trinity, dan Niobe dari filem The  Matrix yang terdahulu, selain menampilkan muka-muka baharu seperti Christina Ricci, Priyanka Chopra Jonas, Jessica Henwick, Neil Patrick Harris, Toby Onwumere, dan Yahya Abdul-Mateen II yang dikhabarkan akan melakonkan watak Morpheus ketika muda.

Trilogi filem The Matrix terdahulu - The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (2003), dan The Matrix Revolutions (2003) mencipta fenomena tersendiri dan mencatatkan kutipan sebanyak USD1.6 bilion di seluruh dunia

BERKAITAN: Priyanka Chopra Dilaporkan Bakal Membintangi Filem The Matrix 4

The Matrix: Resurrections pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 21 Mei 2021, namun kini dijadualkan untuk tayangan pada 22 Disember 2021 akibat pandemik COVID-19.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post