Chad Stahelski Dan David Leitch Kembali Bekerjasama Dalam FIlem The Matrix 4

Sebelum mengarahkan francais filem John Wick, Chad Stahelski dan David Leitch dikenali sebagai pengarah aksi lagak ngeri dalam banyak filem-filem hebat, termasuk trilogi filem The Matrix.  Kini, mereka berdua dikhabarkan akan kembali bekerjasama untuk filem The Matrix 4. 



Dalam satu temubual bersama Collider, Stahelski mendedahkan projek berkenaan sebagai “sangat mengujakan” dan yakin bahawa peminat trilogi asal The Matrix akan menyukai filem The Matrix 4 nanti. Menurut Stahelski, 

“They were really cool. They asked us to help out with the choreography and some of the physical training for the guys. I’m helping out a little bit for a sequence, I think Dave’s helping out for a sequence. Lana’s come back with a lot of love to have a pseudo-family reunion, so that’s been a lot of fun. It’s been good to see a lot of the crew members again. We just finished doing a sequence in San Francisco before the pandemic started.”

“It’s more about the creative concept of some of the choreography and backing them up with stuff. Other than the Matrixes, most of their stuff…what makes [Lana] so great is she directs her own action. We’ve had second unit directors on some of the Matrixes just because of the logistics involved. But of late, and especially on Matrix 4, she’s directing her own action. The second units for them are mostly establishing shots, the B-sides of the some of the compositions for some locations. But Lana, she does her own action. She weaves it into the main unit stuff, which is why their stuff looks so good.”

Lana Wachowski bersama-sama Aleksander Hemon dan David Mitchell bertindak sebagai penulis skrip dan pengarah filem The Matrix 4. Jalan cerita mahupun perincian mengenai filem The Matrix 4 masih dirahsiakan, malah pengakhiran filem The Matrix Revolutions (2003) juga tidak memberikan gambaran jelas tentang sambungan filem The Matrix nanti. 


Tiga filem The Matrix terdahulu —The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (2003) dan The Matrix Revolutions (2003)— mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD1.6 billion di seluruh dunia. Filem The Matrix Revolutions juga merupakan filem pertama yang ditayangkan serentak di negara-negara utama di seluruh dunia.

The Matrix 4 dijadualkan untuk tayangan pada 21 Mei 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post