Sah! DC Extended Universe Bakal Berakhir

Selepas beberapa usaha menghasilkan filem besar melibatkan beberapa watak komik terkenal mereka, nampaknya DC mengesahkan akan berhenti dari menghasilkan filem sebegitu buat masa ini. 


Baru-baru ini, CEO Warner Bros., Kevin Tsujihara telah mengeluarkan kenyataan kepada Los Angeles Times dan berbincang tentang masa depan DC Extended Universe (DCEU) secara keseluruhannya. Selepas beberapa kegagalan, DC akhirnya terpaksa akur dan berhenti menghasilkan filem yang saling berkait, dan sebaliknya akan memfokuskan kepada filem solo yang berdiri sendiri. Memetik kenyataan Tsujihara :

“The upcoming slate, with ‘Shazam’, ‘Joker’, ‘Wonder Woman 1984’, and ‘Birds of Prey’, feels like we’re on the right track. We have the right people in the right jobs working on it. The universe isn’t as connected as we thought it was going to be five years ago”.
DC berdepan dengan kegagalan beberapa filem terdahulu seperti Justice League dan Batman V Superman. Walau bagaimanapun, filem Wonder Woman dan filem terbaru mereka, Aquaman, kedua-duanya filem solo yang berdiri sendiri, mencatatkan sambutan di luar jangkaan dan menerima kritikan yang baik dari kalangan pengkritik filem. Menurut Tsujihara lagi :

“You’re seeing much more focus on individual experiences around individual characters. That’s not to say we won’t at some point come back to that notion of a more connected universe. But it feels like that’s the right strategy for us right now.”

Adakah DC akan kembali dengan gerak kerja yang lebih kemas untuk filem Justice League mereka selepas ini? Sama-sama kita nantikan.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post