Aquaman Kini Melepasi Kutipan Box Office Sebanyak USD1 Bilion!

Secara rasminya, filem Aquaman telahpun melepasi catatan kutipan box office sebanyak USD1 bilion! Ditayangkan setahun selepas filem Justice League yang dikritik teruk oleh peminat dan pengkritik, sudah tentunya tekanan berat digalas oleh James Wan untuk menukar persepsi peminat tentang filem Aquaman yang merupakan filem terbaru dalam senarai filem DC Extended Universe. Nasib baik, kerana kini filem Aquaman tersenarai sebagai filem Warner Bros. paling menguntungkan setakat ini! Baca review filem Aquaman yang telah sediakan ini untuk sesiapa yang masih belum menonton filem ini.



Filem Aquaman mencatatkan kutipan lebih tinggi dari filem Suicide Squad, Wonder Woman, Thor: Ragnarok, dan Guardians of the Galaxy Vol. 2. Menurut Forbes, filem Aquaman telah berjaya mencatatkan kutipan melebihi USD1 billion, dan menjadi filem ke-37 dalam sejarah yang mencatatkan kutipan sebanyak itu. Malah, ia juga merupakan filem DC pertama selepas filem The Dark Knight Rises arahan Christopher Nolan yang mencatatkan kutipan sebanyak USD1 billion.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post