Saksikan Poster Dan Trailer Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum

Akhirnya, trailer filem terbaru filem lakonan Keanu Reeves, iaitu John Wick: Chapter 3 - Parabellum secara rasminya diperlihatkan! Filem John Wick (2014) merekodkan kutipan yang baik dan mendapat pujian ramai pengkritik filem. Dengan mengumpul pengikutnya yang tersendiri. tidak lama selepas itu, filem John Wick: Chapter 2 (2017) pula ditayangkan. Selepas pengakhiran yang agak tergantung, kini para peminat sudah semestinya tidak sabar menantikan filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum.



Merujuk filem terdahulu, John kini dikategorikan sebagai excommunicado kerana melanggar larangan di Continental, dan kini mempunyai upahan bunuh sebanyak USD14 juta untuk semua pembunuh upahan yang berminat. Mitos tentang John Wick sememangnya digeruni di kalangan dunia pembunuh upahan, dan ini sudah tentunya akan menjadikan filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum ini sangat menarik untuk dinantikan. Saksikan trailer filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum di bawah :


Sebelum ini, telah ada pengumuman yang mengatakan filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum akan menampilkan pelakon aksi dari Indonesia iaitu Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman.

Adakah ini merupakan filem terakhir dalam siri filem John Wick? Ini yang menimbulkan pertanyaan,  kerana pengarahnya, Chad Stahelski memberikan bayangan beliau dan Reeves ada membincangkan idea baru untuk sambungan siri John Wick. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada kutipan filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum nanti.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post