Filem Hotel Transylvania 4 Ditetapkan Untuk Tayangan Pada 2021

Filem animasi keempat dalam siri filem Hotel Transylvania telah dijadualkan untuk tayangan pada 2021. Tarikh yang dipilih oleh Sony Pictures Animation dan Columbia untuk tayangan filem Hotel Transylvania 4 adalah pada 22 Disember 2021.  


Jalan cerita dan barisan pelakon masih lagi tidak dipastikan, namun sudah tentunya watak-watak utama penyumbang suara seperti Adam Sandler (sebagai Dracula si pemilik hotel), Selena Gomez (Mavis), Andy Samberg (Johnny), Kevin James (Frankenstein) dan Fran Drescher (isteri Frankenstein), David Spade (The Invisible Man), Steve Buscemi dan Molly Shannon (pasangan werewolf  Wayne dan Wanda) dan Sadie Sandler (anak werewolf, Winnie).

Sebagai rekod, francais filem Hotel Transylvania mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD1.3 bilion (RM5.3 bilion) sejak tayangan filem pertamanya pada tahun 2012.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post