Filem Misteri Dilaila Mencatatkan Kutipan RM8.8 juta Selepas 11 Hari Tayangan


Menurut sumber dari Astro Awani, filem seram bergenre thriller, Misteri Dilaila telah meraih kutipan RM8.8 juta dalam tempoh 11 hari tayangan!

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw malam tadi.

Misteri Dilaila merupakan filem arahan Syafiq Yusof yang pertama kali dalam sejarah perfileman tempatan menampilkan dua pengakhiran berbeza dalam satu filem.

Filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw itu dibarisi pelakon hebat antaranya Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. 

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati isterinya hilang. 

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. 

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.

Filem Misteri Dilaila kini masih ditayangkan di pawagam di seluruh negara.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post