SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Tuesday, March 12, 2019

Siri TV Arrow Akan Ditamatkan Selepas Musim Ke-8

Siri TV Arrow Akan Ditamatkan Selepas Musim Ke-8

Dalam satu pengumuman yang agak mengejutkan, The CW telah mengumumkan yang Musim Ke-8 Arrow akan menjadi musim terakhir siri TV tersebut. Bintang siri TV Arrow, Stephen Amell juga telah berkongsikan di Twitter rasminya tentang pengumuman tersebut. 


Ketika mula ditayangkan pada tahun 2012, Arrow secara tidak rasminya menjadi pelantar untuk lain-lain siri TV keluaran The CW yang muncul selepas itu, dan istilah Arrowverse digunakan untuk siri-siri TV mereka yang saling berkaitan antara satu sama lain, seperti The Flash, Supergirl, dan Legends of Tomorrow. Tidak dapat dipastikan apakah nasib siri-siri TV The CW yang lain selepas pengumuman ini. Walau bagaimanapun, berkemungkinan watak Green Arrow yang dilakonkan Amell akan membuat kemunculan khas dalam siri TV yang lain.

Pengumuman tersebut disusuli dengan kenyataan rasmi dari penerbit siri Arrow, iaitu Greg Berlanti, Marc Guggenheim, dan Beth Schwartz : 

“This was a difficult decision to come to, but like every hard decision we’ve made for the past seven years, it was with the best interests of Arrow in mind.  We’re heartened by the fact that Arrow has birthed an entire universe of shows that will continue on for many years to come. We’re excited about crafting a conclusion that honors the show, its characters and its legacy and are grateful to all the writers, producers, actors, and — more importantly — the incredible crew that has sustained us and the show for over seven years.”

No comments:

Post a Comment