Monsta Memperlihatkan Trailer Pertama Filem BoBoiBoy Movie 2

Pada 8 Mac 2019 yang lalu, Animonsta Studios, studio animasi di sebalik siri BoboiBoy telah memperlihatkan teaser trailer filem BoBoiBoy Movie 2!


Susulan pengumuman oleh CEO Animonsta Studios, En. Nizam Razak sebulan yang lalu, para peminat (termasuklah kanak-kanak dan ibu bapa yang menonton siri BoboiBoy sebab anak mereka pun minat - macam kami) sememangnya ternanti-nantikan trailer filem BoboiBoy Movie 2. Saksikan teaser trailer filem BoBoiBoy Movie 2 tersebut di bawah :



Hero penyelamat galaksi itu akan berhadapan dengan watak penjahat baru yang penuh misteri, iaitu Retak’ka yang mahukan kuasa Elemental dari BoBoiBoy. BoboiBoy dan pasukannya perlu berganding bahu untuk menghalang Retak’ka dari melaksanakan misi jahatnya.

Selain itu, filem BoboiBoy Movie 2 juga dikhabarkan akan menampilkan satu watak baru, iaitu Pipi Zola, anak perempuan Kebenaran! Saksikan gelagat Pipi Zola yang bermain dengan telefon bimbit Papa Zola di Instagram Papa Zola, yang boleh dilawati di @papapipizola.

Filem BoBoiBoy Movie 2 dijangka akan ditayangkan semasa musim cuti sekolah iaitu antara Ogos hingga September 2019 nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post