Warner Bros. secara rasminya telahpun mengumumkan bahawa pelakon Gal Gadot, yang terkenal dengan watak Gisele dari siri filem Fast & Furious, telah ditawarkan untuk membawakan watak Wonder Woman/Diana Prince dalam filem Batman vs. Superman arahan Zack Snyder.


Seperti yang diketahui, Wonder Woman adalah antara watak superhero (atau boleh digelar superheroin) terkenal dari DC Comics. Sudah tentunya pemilihan Gal Gadot sebagai Wonder Woman bakal menimbulkan perdebatan hangat di kalangan peminat komik dari segi kesesuaian watak, sebagaimana yang dialami oleh Ben Affleck semasa diumumkan bakal memegang watak Batman sebelum ini.

Batman vs. Superman akan menampilkan semula Henry Cavill sebagai Superman, yang akan berdepan dengan Ben Affleck sebagai Bruce Wayne/Batman. Filem itu turut akan dibintangi oleh Amy Adams, Diane Lane dan Laurence Fishburne. Filem Batman vs. Superman dijadualkan bakal ke pawagam pada 17 Julai 2015.

Sumber dari Comingsoon.net

2 Comments

  1. baru aku tau nama dia Gal Gadot..haha

    ReplyDelete
  2. […] daripada teaser yang dimainkan ketika Comic-Con tahun lepas. Pendedahan sebelum ini bahawa pelakon Gal Gadot akan membawakan watak Wonder Woman dalam filem tersebut juga menambahkan tarikan terhadap filem […]

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post