sembangfilem-x-men-apocalypse

Filem X-Men: Days Of Future Past masih belum tamat penggambaran, tetapi nampaknya pengarah, Bryan Singer telahpun mengumumkan tajuk filem X-Men yang seterusnya. Umum mengetahui yang filem X-Men: Days Of Future Past hanya akan menemui penonton di pawagam pada bulan Mei tahun depan, tetapi melalui twitternya, beliau mengumumkan bahawa satu lagi sambungan filem X-Men akan ke pawagam pada tahun 2016, dan tajuknya ialah X-Men: Apocalypse!

Box Office Mojo telah mengesahkan berita ini dan menyatakan bahawa filem ini akan ke pawagam pada 27 Mei 2016. Dengan tajuk X-Men: Apocalpyse, sudah tentunya peminat tegar komik X-Men akan teruja. Ini kerana dari 1995 hingga 1996, terdapat satu jalan cerita X-Men terkenal yang bertajuk Age of Apocalypse.

Sudah tentunya filem ini nanti akan menilai samada filem X-Men: Days Of Future Past akan berjaya ataupun tidak.


Sumber dari Cinemablend

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post