[Video] Trailer Filem The Raid 2: Berandal (2014) - Sambungan Filem The Raid: Redemption


Diberi tajuk The Raid 2: Berandal atau The Raid 2: Retaliation, filem ini menampilkan pelakon dari Indonesia seperti Iko Uwais, Tio Pasukadewo, Putra Arifin Scheunamann dan Julie Estelle.


Filem arahan pengarah Gareth Evans ini mengisahkan sambungan filem terdahulu di mana Rama (lakonan Uwais) yang menyelinap masuk dalam sindiket jenayah di Jakarta yang kejam dalam usahanya untuk melindungi keluarganya, seterusnya membongkar skandal rasuah yang berlaku dalam pasukan polis yang dianggotainya,

Filem ini dijangka bakal menemui penonton pada tahun 2014. Daripada trailernya, nampaknya penuh dengan aksi dan lagak ngeri yang mendebarkan nanti. Dan memandangkan aku tak tengok lagi filem yang pertama dulu, nampaknya kena lah cari masa yang sesuai untuk menontonnya nanti.

No comments:

Powered by Blogger.