[Video] Trailer Filem Godzilla (2014)


Cadangan untuk filem reboot Godzilla telah lama diutarakan. Sebelum ini, Legendary Pictures dan Warner Bros. telah menunjukkan teaser ringkas filem ini di pameran Comic-Con 2012. Dan sekarang, trailer penuh filem baru Godzilla telahpun boleh ditonton di Internet.

Selepas Pacific Rim menampilkan pertembungan epik antara robot mecha gergasi dan raksasa, nampaknya Godzilla ataupun the original Kaiju tak ketinggalan untuk cuba merampas kembali title miliknya. Berapa besar Godzilla dalam filem ini nanti?



Kali ni, tiada lagi robot untuk digunakan melawan Godzilla. Dan jika dilihat dari trailer, nampaknya memang besar betul raksasa Godzilla yang dihasilkan. Kalau mengikut jadual, khabarnya filem ini akan ditayangkan pada 16 Mei 2014 nanti.

Apa pandangan korang tentang trailer filem ni?

No comments:

Powered by Blogger.