Malam tadi, aku adalah antara orang yang terpilih untuk Nuffnang Premiere Screening ##NNPremiereScreening bagi filem The Hobbit: The Desolation Of Smaug. Kalau diikutkan, esok barulah hari tayangan sebenar filem ini di Malaysia. Tapi dah nama pun premiere screening, jadi mestilah lebih awal menonton daripada orang lain kan? Premiere screening ini dibuat di pawagam IMAX, TGV Sunway Pyramid. Kali pertama aku menonton wayang di panggung IMAX.


Jalan Cerita : Filem ini menyambung perjalanan Thorin Oakenshield, pewaris takhta kerajaan Dwarves untuk menakluk kembali The Lonely Mountain dan timbunan emas di dalamnya yang kini menjadi tawanan naga ganas bernama Smaug. Thorin dan 12 orang Dwarves bersama Hobbit bernama Bilbo Baggins dan Gandalf. Dalam perjalanan ke Lonely Mountain, mereka terserempak dengan skin-changer Beorn, diserang labah-labah gergasi di hutan Mirkwood, ditangkap oleh Wood-elves, mendapat pertolongan dari lelaki misteri bernama Bard, dan akhirnya sampai ke pintu masuk ke Lonely Mountain.

Tempo : Banyak pulak dialog perbualan oleh kesemua watak utama dan agak susah nak tangkap apa yang disebutkan. Mungkin sebab aku pun tak baca buku The Hobbit ni, ataupun sebab masa aku menonton filem ni, tiada subtitle disediakan. Memang filem IMAX takde subtitle ke?

Imej 3D IMAX : Memang superb! Memang berbaloi menonton filem ini dalam 3D. Ditambah dengan tempoh tayangan 2 jam 45 minit, sampai naik berpinar mata tengok betapa banyak imej yang di-3Dkan. Sebiji-sebiji timbul imej 3D depan mata.

Legolas & Tauriel : 2 orang pahlawan kaum Elf yang begitu menonjol dalam filem ini. Legolas, watak yang tak perlu diperkenalkan lagi sebab dah menonjol dalam trilogi The Lord of the Rings.

Smaug : Watak naga ganas dijelmakan dengan begitu cemerlang sekali. Agaknya kalaulah betul ada naga ganas macam tu depan mata, memang menggigil lari tak cukup tanah macam watak Bilbo Baggins tu.

Akhir Filem : Filem ini berakhir dengan penamat yang tergantung kerana Smaug berjaya dipaksa keluar daripada The Lonely Mountain dan cuba menyerang penduduk di bandar Lake-town sebagai balas dendam.

Secara jujurnya, aku merasakan jalan cerita filem ini boleh dipendekkan lagi. Lagipun, filem ini hanyalah 'penyambung' kepada filem terakhir dari buku The Hobbit nanti. Rasanya umum dah tahu yang buku The Hobbit ini dipecahkan menjadi 3 buah filem, dan filem The Hobbit: The Desolation of Smaug ini adalah filem kedua, kan?

Berjayakah mereka merampas kembali Lonely Mountain daripada penguasaan Smaug? Nampaknya kena tunggu filem ketiga nantilah untuk mengetahui jalan cerita selanjutnya.

Filem ini tak sesuai untuk bawa anak-anak kecil menonton. Sebab ada banyak elemen mencemaskan dan ganas. Penilaian aku? 4/5 bintang.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post