Di penghujung filem Rise of the Planet of the Apes, manusia berdepan ancaman virus yang boleh membawa maut dan juga kebangkitan spesies beruk yang diketuai oleh beruk bernama Caesar. Kini, kita boleh melihat apa yang berlaku dalam filem sambungannya, Dawn of the Planet of the Apes melalui trailer baru yang dikeluarkan untuk tontonan umum.



Filem ini berlatarkan situasi lapan tahun selepas apa yang berlaku dalam filem Rise of the Planet of the Apes. Manusia telah berjaya mengawal virus tersebut daripada merebak, namun terpaksa pula berperang dengan golongan beruk yang mampu mengancam nyawa manusia.

Diarahkan oleh Matt Reeves, filem Dawn of the Planet of the Apes akan menjengah di pawagam pada 11 Julai 2014

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post