[Video] Trailer Penuh #1 Filem The Amazing Spider-Man 2 (2014)

poster-filem-the-amazing-spider-man-2-sembangfilem

Akhirnya trailer penuh pertama filem The Amazing Spider-Man 2 telahpun boleh ditonton secara rasminya. Filem sambungan daripada filem The Amazing Spider-Man ini masih mengekalkan Marc Webb di kerusi pengarah dan ditunjangi oleh Andrew Garfield sebagai Spider-Man/ Peter Parker.



Daripada apa yang dapat dilihat, nampaknya Spider-Man berhadapan dengan masalah daripada pelbagai penjahat. Adakah grup penjenayah Sinister Six akan ditampilkan dalam filem ini? Itulah apa yang menjadi khabar angin di kalangan kebanyakan peminat komik Spider-Man selama ini.

Selain watak penjahat utama seperti Electro, Rhino dan Green Goblin yang terpapar dalam poster filem sebelum ini, di dalam trailer ini juga ada ditunjukkan tentakel mekanikal Dr. Octopus sayap Vulture.

Cuma seperti mana yang aku sebutkan dalam entri sebelum ini, mungkin pendekatan menjadikan Rhino dalam bentuk sut mecha akan menjadi perdebatan hangat di kalangan peminat utama filem ini.

Apa pula pandangan korang?

Sumber dari Cinemablend.com

No comments:

Powered by Blogger.