Warner Bros. Pictures hari ini mengumumkan tarikh tayangan filem sambungan Man Of Steel, iaitu Batman Vs Superman (bukan tajuk rasmi) ditukar daripada 17 Julai 2015 ke 6 Mei 2016.

Filem yang masih belum mempunyai tajuk rasmi ini hanya dikenali dengan tajuk Batman Vs Superman hasil daripada teaser yang dimainkan ketika Comic-Con tahun lepas. Pendedahan sebelum ini bahawa pelakon Gal Gadot akan membawakan watak Wonder Woman dalam filem tersebut juga menambahkan tarikan terhadap filem ini.

Apakah alasan Warner Bros. Pictures untuk melewatkan tarikh tayangan filem ini? Betulkah khabar angin mengatakan akan ada lagi watak superhero DC Comics lain dalam filem ini yang akhirnya akan membawa kepada penghasilan filem Justice League?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post