Trailer terbaru filem sambungan The Raid: Redemption iaitu The Raid 2: Berandal telah berada di Internet dan sedia ditonton oleh semua. Trailer yang lebih panjang daripada trailer yang dikeluarkan sebelum ini.



Filem The Raid 2: Berandal arahan pengarah Gareth Evans ini mengisahkan sambungan filem terdahulu di mana seorang polis bernama Rama (lakonan Iko Uwais) yang menyelinap masuk dalam sindiket jenayah di Jakarta yang kejam dalam usahanya untuk melindungi keluarganya, seterusnya membongkar skandal rasuah yang berlaku dalam pasukan polis yang dianggotainya,

Filem pertama iaitu The Raid: Redemption mengejutkan banyak pihak dengan kejayaannya menampilkan koreografi pertarungan yang hebat. Dan daripada trailer The Raid 2: Berandal ini juga nampaknya penuh dengan aksi dan lagak ngeri yang mendebarkan nanti.

FIlem The Raid 2: Berandal akan menemui penonton di pawagam pada 28 Mac 2014 nanti.

Sumber dari Cinemablend

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post