SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, March 4, 2019

Filem Terbaru Mawi Dilancarkan, Diberi Judul Tiada Tajuk


Filem Terbaru Mawi Dilancarkan, Diberi Judul Tiada Tajuk


Jangan tak percaya, filem terbaru lakonan Mawi yang menceritakan hidupnya diberi judul Tiada Tajuk. Dan trailer pertama filem Tiada Tajuk boleh dilihat di bawah :


Filem ini mengisahkan tiga orang sahabat dari kampung, dianggap sebagai ‘kutu’ yang mana bercita-cita untuk menjadi artis terkenal. Jadi, banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka ini. Persoalannya. Adakah mereka berjaya, untuk menjadi artis terkenal? Dan apa yang mereka lalui bilamana mereka terkenal.

Jika dilihat dari trailer, nampaknya filem Tiada Tajuk ada sedikit sentuhan a-la filem Mamat Khalid. Kelihatan ada sentuhan seperti suasana di kampung, dengan gelagat anak kampung yang bercita-cita besar. Mawi yang terkenal dengan ungkapan Mawi World, mencetuskan fenomena suatu ketika dulu susulan penglibatannya dalam rancangan realiti TV, Akademi Fantasia yang disiarkan di Astro.

Selain Mawi yang bertindak sebagai pengarah dan penulis, pelakon lain seperti Hazam, Joey Daud dan Along Cham turut membuat penampilan dalam filem ini. 

Agak lama juga Mawi mendiamkan diri dan memfokuskan kepada bidang perniagaan. Kini, Mawi mengatur langkah dalam industri perfileman pula. Kempen dan promosi pun bukan calang-calang, siap ada peraduan dan aplikasi mudah alih sendiri lagi dengan hadiah yang menarik.

Filem Tiada Tajuk bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 April 2019.

No comments:

Post a Comment