Filem The Marvels pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 28 Julai 2023, namun kini telah ditunda ke November 2023! 

Melalui Twitter rasmi Marvel, filem The Marvels kini dijadualkan untuk tayangan pada 10 November 2023. 

BERKAITAN: Marvel Studios Menyusun Semula Jadual Dua Filem Mereka Untuk Tayangan Pada 2023

Turut dikongsikan adalah poster terbaharu filem The Marvels, menampilkan Teyonah Parris (sebagai Monica Rambeau), Brie Larson (sebagai Captain Marvel), dan Iman Vellani (sebagai Ms. Marvel). Poster berkenaan adalah seperti berikut:

BERKAITAN: Marvel Studios Menggunakan Captain Marvel 2 Sebagai Asas Untuk Penghasilan Filem New Avengers?

The Marvels menyaksikan Brie Larson kembali melakonkan watak Carol Danvers/Captain Marvel, selain turut menampilkan Teyonah Parris yang tampil sebagai Monica Rambeau, dan Iman Vellani sebagai Kamala Khan/Ms. Marvel, yang sebelum ini cemerlang dalam siri Disney+ Ms. Marvel.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post