Yahya Abdul-Mateen II dilaporkan sebagai tambahan baharu dalam keluarga besar MCU apabila dikatakan telah terpilih untuk siri Disney+ Wonder Man sebagai watak Simon Williams, yang merupakan alter-ego untuk superhero tersebut. Ianya merupakan penampilan ketiga beliau dalam penerbitan berlatarkan superhero, selepas melakonkan watak Black Manta dalam filem Aquaman (2018) dan Dr. Manhattan dalam siri HBO Watchmen (2019). Beliau turut disahkan akan tampil semula sebagai Black Manta dalam filem Aquaman and the Lost Kingdom, iaitu filem sambungan Aquaman.

Siri Disney+ Wonder Man dikhabarkan sedang dibangunkan oleh Destin Daniel Cretton, yang berpengalaman mengarahkan filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021), selain turut telah terpilih untuk mengarahkan filem Avengers: The Kang Dynasty (2025). Walau bagaimanapun, pengarah siri Wonder Man ini masih belum diumumkan.

BERKAITAN: Marvel Bakal Hasilkan Siri TV Wonder Man Untuk Tayangan Di Disney+

Dalam laman komik Marvel, Simon Williams merupakan anak lelaki kepada seorang hartawan terkemuka yang memiliki syarikat Williams Innovations, yang tergugat bisnesnya akibat persaingan dari Stark Industries. Terdesak, Simon mendapatkan bantuan dari Baron Zemo, yang memberikan Simon kuasa luar biasa dan mengarahkan Simon menyelinap ke dalam pasukan Avengers dan mengkhianati mereka. Walau bagaimanapun, Simon akhirnya bertukar baik dan menganggotai pasukan Avengers, dan menjadi pencetus untuk pasukan spin-off, iaitu West Coast Avengers. Walau bagaimanapun, masih belum ada perincian jalan cerita yang akan ditampilkan oleh Marvel untuk siri Disney+ ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post