Filem Ballerina yang merupakan spin-off filem John Wick kini disahkan akan menampilkan 2 pelakon yang sinonim dengan francais filem tersebut, iaitu Keanu Reeves dan Ian McShane — menyambung watak mereka sebagai John Wick dan Winston!

Portal Collider telah mengesahkan yang Keanu kini berada di Prague untuk melakonkan wataknya sebagai pembunuh upahan legenda tersebut dalam filem Ballerina. Manakala Ian pula akan menyambung watak sebagai Winston, pengurus Continental yang merupakan hotel untuk para pembunuh upahan yang mempunyai peraturannya tersendiri. Kali terakhir watak itu muncul di penghujung filem John Wick 3 — Parabellum, Winston telah berpakat dengan the Adjudicator (lakonan Asia Kate Dillon) dan menyaksikannya berpaling tadah dari menolong John Wick.

BERKAITAN: Filem 'Spin-Off' John Wick, Bertajuk Ballerina Akan Mulakan Penggambaran Minggu Depan!

Menurut penerbit Basil Iwanyk, beliau berkata;

We’re thrilled to have Ian McShane joining us for a pivotal role in Ballerina. He’s been such an integral part of the franchise since the original John Wick. It’s been fun to have him on this journey as the Wick universe expands.

Projek ini pada mulanya telah diumumkan pada 2019 susulan tayangan filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum, yang memperkenalkan penonton kepada pembunuh upahan Ballerina yang dilatih oleh sindiket Ruska Roma yang diketuai oleh watak lakonan Anjelica Huston.

Filem Ballerina memfokuskan kepada watak pembunuh upahan wanita muda yang ingin membalas dendam terhadap mereka yang membunuh ahli keluarganya. Ianya akan diarahkan oleh Len Wiseman 

BERKAITAN: Teaser Trailer Filem John Wick: Chapter 4 Diperlihatkan!

Studio Lionsgate kini dalam proses pasca-produksi untuk filem John Wick: Chapter 4, yang dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mac 2023. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post