Lionsgate telah memperlihatkan teaser trailer filem John Wick: Chapter 4, menampilkan kembali Keanu Reeves yang melakonkan watak pembunuh upahan yang menaikkan semula namanya di layar perak. Saksikan teaser trailer John Wick: Chapter 4 di bawah:

BERKAITAN: Gambar Pertama Keanu Reeves Dalam John Wick: Chapter 4 Diperlihatkan

Penghasilan filem John Wick: Chapter 4 telah diumumkan sejurus tayangan filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum, yang mencatatkan kutipan membanggakan sebanyak lebih USD300 juta di seluruh dunia. Filem keempat dalam francais filem John Wick ini menyaksikan kembalinya Keanu Reeves sebagai pembunuh upahan legenda, yang kali terakhir dilihat di layar perak, mengalami beberapa kecederaan selepas jatuh dari bumbung Hotel Continental.

Selain Keanu Reeves, John Wick: Chapter 4 turut dibintangi Lance Reddick, Ian McShane, Rina Sawayama, Shamier Anderson, Bill Skarsgard, Clancy Brown, Hiroyuki Sanada dan Donnie Yen.

John Wick: Chapter 4 dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mac 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post