Universal Pictures telah memperlihatkan poster rasmi pertama filem Oppenheimer, filem epic thriller terbaharu arahan Christopher Nolan, dibintangi oleh Cillian Murphy yang melakonkan watak pencipta bom atom, J. Robert Oppenheimer. Saksikan poster filem Oppenheimer di bawah:

Oppenheimer dijadualkan untuk tayangan pada 21 Julai 2023, yang akan menyaksikannya bersaing dengan satu lagi filem yang merupakan filem live-action watak permainan terkenal Barbie, diarahkan oleh Greta Gerwig, dibintangi oleh Ryan Gosling dan Margot Robbie.

BERKAITAN: Pandang Pertama Cillian Murphy Dalam Oppenheimer - Kisah Saintis Pencipta Bom Atom

Oppenheimer dibarisi nama-nama besar seperti Cillian Murphy, Emily Blunt, Robert Downey Jr., Matt Damon, Rami Malek, Florence Pugh, Josh Hartnett, dan Dane DeHaan, diarahkan oleh Christopher Nolan berdasarkan buku yang memenangi Anugerah Pulitzer bertajuk American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer hasil karya Kai Bird dan Martin J. Sherwin.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post