Berikut adalah gambar pandang pertama aktor Cillian Murphy sebagai J. Robert Oppenheimer, filem biopik nukilan dan arahan Christopher Nolan. Oppenheimer merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membangunkan bom atom.

Filem Oppenheimer turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Robert Downey Jr., Matt Damon, Emily Blunt, Florence Pugh dan Rami Malek, disamping turut dibantu oleh Benny Safdie, Josh Hartnett, Dane DeHaan, Jack Quaid, Matthew Modine, Alden Ehrenreich and David Krumholtz.

Murphy melakonkan watak Oppenheimer, salah satu saintis yang bertanggungjawab dalam penghasilan bom atom ketika Perang Dunia Kedua. Kerjasama antara Murphy dan Nolan bukanlah baharu, kerana pernah muncul dalam beberapa filem Nolan sebelum ini seperti Batman Begins (2005), Inception (2010), The Dark Knight Rises (2012) dan Dunkirk (2017).


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post