Lionsgate telah memperlihatkan gambar pandang pertama dari filem John Wick: Chapter 4. Filem terbaharu lakonan Keanu Reeves itu dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mac 2023. Saksikan gambar tersebut di bawah:

BERKAITAN: Filem John Wick 4 Secara Rasminya Memulakan Penggambaran

Penghasilan filem John Wick: Chapter 4 telah diumumkan sejurus tayangan filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum, yang mencatatkan kutipan membanggakan sebanyak lebih USD300 juta di seluruh dunia. Filem keempat dalam francais filem John Wick ini menyaksikan kembalinya Keanu Reeves sebagai pembunuh upahan legenda, yang kali terakhir dilihat di layar perak, mengalami beberapa kecederaan selepas jatuh dari bumbung Hotel Continental.

Selain Keanu Reeves, John Wick: Chapter 4 turut dibintangi Lance Reddick, Ian McShane, Rina Sawayama, Shamier Anderson, Bill Skarsgard, Clancy Brown, Hiroyuki Sanada dan Donnie Yen.

BERKAITAN: John Wick: Chapter 3 - Parabellum Kini Ditayangkan, Tetapi Telah Ada Pengumuman Untuk Filem John Wick: Chapter 4!

John Wick: Chapter 4 diarahkan oleh Chad Stahelski dan dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mac 2023

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post