Selain Aquaman 2, filem John Wick: Chapter 4 turut telah memulakan penggambaran. Filem terbaharu dalam francais filem John Wick ditunjangi Keanu Reeves ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Donnie Yen, Hiroyuki Sanada dan Bill Skarsgard. Sekeping gambar teaser menunjukkan penggambaran rasmi John Wick: Chapter 4 telah bermula turut dikongsikan, beserta caption “Consider this a professional courtesy. John Wick: Chapter 4 is now in production.”


Penghasilan filem John Wick: Chapter 4 telah diumumkan 2 tahun yang lalu, tidak lama selepas filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum ditayangkan, yang telah mencatatkan kutipan melebihi USD300 juta di seluruh dunia. Melihat sambutan menggalakkan itu, filem keempat John Wick diumumkan, menyaksikan Keanu Reeves kembali sebagai bekas pembunuh upahan hebat yang kembali menuntut bela terhadap orang yang membelotnya. Siapakah watak yang akan dilakonkan oleh Donnie Yen dan Hiroyuki Sanada nanti? Sama-sama nantikan pengumuman selanjutnya.

John Wick: Chapter 4 dijadualkan untuk tayangan pada 27 Mei 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post