Sambungan filem Aquaman yang diberi tajuk rasmi Aquaman and The Lost Kingdom kini secara rasminya telah memulakan penggambaran. Berita berkenaan dikongsikan sendiri oleh pengarahnya, James Wan di media sosialnya, dengan gambar kawasan berais untuk menunjukkan penggambaran filem kedua Aquaman tersebut telahpun bermula.


Aquaman and the Lost Kingdom akan menyaksikan Jason Momoa kembali melakonkan watak Arthur Curry/ Aquaman, Patrick Wilson sebagai Orm, Yahya Abdul-Mateen II sebagai Black Manta, Dolph Lundgren sebagai Raja Nereus, dan Amber Heard sebagai Mera.

Filem Aquaman and the Lost Kingdom ini berdasarkan watak dari komik DC yang dihasilkan oleh Paul Norris dan Mort Weisinger pada 1941. Filem Aquaman yang ditayangkan pada Disember 2018 telah mencatatkan kutipan melebihi USD1 billion di seluruh dunia.

Filem Aquaman and the Lost Kingdom dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 16 Disember 2022.






KOMEN ANDA

Previous Post Next Post