Trilogi filem The Expendables terkenal kerana mengumpulkan barisan pelakon filem-filem aksi dalam satu filem. Terdahulu, filem spin-off yang terdiri dari pelakon aksi wanita dikatakan akan dihasilkan, dan dalam satu temuramah bersama The Hollywood Reporter, produser Jeffrey Greenstein memberikan perkembangan terbaharu tentang penghasilan filem tersebut.

BERKAITAN: Spin-Off Filem The Expendables Dalam Pembikinan : Diberi Tajuk ExpendaBelles?

Filem tersebut yang secara tentatifnya diberi tajuk The Expendabelles itu dikhabarkan sedang dalam pembangunan sejak 2014 lagi. Menurut Greenstein, mereka sedang giat berusaha untuk membangunkan filem tersebut namun berhadapan dengan beberapa kekangan. Menurutnya;

We’d been trying to develop The Expendabelles, a female version of The Expendables, but my problem with that project was always trying to find a way to justify why we’d have a woman team. Instead of trying to explain that, why not just have women on the regular team and [they’re] badass? Instead of having to explain why a woman character got there and all that, you just do what you’d do with a man: show them kicking ass.

BERKAITAN: Trailer Terbaru Filem The Expendables 3 Dipertontonkan Oleh Lionsgate

Walaupun masih belum ada pengesahan konkrit yang menyatakan bilakah tarikh tayangan filem The Expendabelles tersebut, filem The Expendables 4 telahpun dirancang, yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2023 nanti. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post