Animonsta Studios (ataupun Monsta) pada jam 6.00 petang tadi telah memperlihatkan Final Trailer untuk filem terbaharu mereka, Mechamato Movie. Kali ini, Mechamato bakal berhadapan penjahat berupa alien jahat Grakakus, yang ingin merampas MechaBot dari tangan Amato dan menggunakannya untuk agenda jahat! Mampukah adiwira baru ini berlawan dengannya? Saksikan final trailer Mechamato Movie di bawah: 

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Mechamato Movie Akhirnya Diumumkan!

Mechamato Movie merupakan filem animasi baharu daripada Animonsta Studio, yang terkenal dengan animasi Boboiboy dan Mechamato. Mechamato mengisahkan tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk Mechanize dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, bergelar Mechamato

BERKAITAN: Poster Filem Mechamato Movie Diperlihatkan, Akan Ditayangkan Hujung Tahun Ini

Filem Mechamato Movie dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 8 Disember 2022. Jangan lupa saksikan Mechamato Movie di pawagam seluruh negara! 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post