Setelah beberapa kali tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini akhirnya filem Mechamato Movie sah akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini!

Terbaharu, Animonsta Studios (ataupun Monsta) semalam telah memperlihatkan video rasmi Mechamato Big Announcement filem Mechamato Movie. Saksikan video tersebut di bawah:

BERKAITAN: Poster Filem Mechamato Movie Diperlihatkan, Akan Ditayangkan Hujung Tahun Ini

Mechamato Movie yang akan ditayangkan pada 8 Disember 2022 merupakan filem animasi baharu daripada Animonsta Studio, yang terkenal dengan animasi Boboiboy. Mechamato Movie mengisahkan tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk Mechanize dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai bergelar Mechamato untuk menentang kejahatan dan menolong mereka yang dalam kesusahan. 

Selain pengumuman tersebut, Monsta turut menyenaraikan tarikh-tarikh tayangan siri animasi Mechamato yang sebelum ini ditayangkan di saluran Cartoon Network, untuk tayangan di beberapa lagi platform tambahan. Senarai tayangan siri animasi Mechamato adalah seperti berikut:

NETFLIX : mulai 1 Oktober 2022

TV9 : mulai 3 Oktober 2022

YOUTUBE : mulai 7 Oktober 2022

MNCTV : mulai 17 Oktober 2022

VIDIO : mulai 21 Oktober 2022

TV3 : mulai 4 Disember 2022

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem Mechamato - Filem Terbaharu Monsta

Pada awalnya, perancangan Monsta adalah untuk menayangkan filem Mechamato Movie pada 2021, sebelum siri animasi ditayangkan. Namun disebabkan pandemik, perancangan tersebut telah diubah dengan menayangkan siri animasinya terlebih dahulu.



5 Comments

  1. Bila filem mechamato masuk nerflix

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktau lagi. Sekarang pun tengah hangat ditayang di pawagam. Mungkin 2-3 bulan lagi kot

      Delete
  2. bila last tayangan mechamato ni ye? kesian anak2 saya keje jauh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye nak tau juga..blom sempat bawak anak2.

      Delete
    2. Buat masa ni filem Mechamato Movie masih ditayangkan di pawagam. Nanti kami cuba semak dengan pawagam, bila last tayangan

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post