Di acara D23 Expo tempoh hari, telahpun diumumkan yang prekuel kepada filem The Lion King, bertajuk Mufasa akan ditayangkan pada tahun 2024. Kini, tarikh tepat tayangan filem Mufasa itu telahpun diumumkan oleh Disney.

Menurut pengumuman terbaharu oleh Disney, filem Mufasa kini dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 5 Julai 2024. 

Filem Mufasa akan menampilkan Aaron Pierre dan Kelvin Harrison Jr. sebagai pelakon suara untuk watak Mufasa dan Scar semasa muda. Filem prekuel kepada The Lion King itu akan mendalami latar kedua-dua watak itu semasa kecil. Di acara D23 Expo sebelum ini, telah ditunjukkan sedutan video Rafiki menceritakan kepada sekumpulan anak singa tentang bagaimana Mufasa menjadi raja di Pride Rock.

Filem The Lion King (2019) mendapat sambutan yang agak menggalakkan walaupun menerima sambutan yang bercampur-campur di kalangan pengkritik dan penonton filem, merekodkan kutipan lebih USD1.6 bilion di box office. Ianya menampilkan barisan pelakon hebat seperti Donald Glover (suara untuk watak Simba), Beyoncé Knowles-Carter (suara untuk watak Nala), dan aktor legenda James Earl Jones (sebagai suara untuk watak Mufasa).

Filem Mufasa akan diarahkan oleh Barry Jenkins.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post