Filem spin-off John Wick, bertajuk Ballerina dilaporkan akan memulakan penggambaran minggu depan! Dibintangi bintang meningkat naik, Ana de Armas, laporan menyatakan yang beliau sedang menyiapkan diri untuk membintangi filem Ballerina, yang akan diarahkan oleh Len Wiseman, dengan penulis skrip filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum, Shay Hatten menghasilkan skripnya. Pengarah francais filem John Wick, Chad Stahelski pula akan bertindak sebagai penerbit.  

BERKAITAN: Review Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum (2019) - Penuh Aksi!

Ballerina dijangka akan mengembangkan lagi mitos di sebalik dunia underground pembunuh upahan seperti yang dipaparkan dalam filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum – terutamanya watak ibu angkat John Wick, iaitu The Director (lakonan Anjelica Houston), yang menguruskan Ruska Roma, sebuah sekolah ballet Russia yang turut menjadi tempat melatih pembunuh upahan elit. Kemunculan Ana de Armas dalam filem ini pastinya menarik, yang mencuri perhatian selepas tampil dalam filem Gray Man dan No Time to Die. Terbaharu, beliau tampil dengan penampilan cemerlang sebagai Marilyn Monroe dalam filem Netflix, Blonde yang mencetuskan perdebatan hangat tentang kesahihan jalan ceritanya. 

Dalam satu temuramah, Chad Stahelski berkata;

Having him [pengarah Ballerina, Len Wiseman] on board and approaching some of the action design from a slightly different perspective, meaning the set pieces, the character involvement, how and what he wants to do during the action sequences, makes it kind of fresh. So, we're not just copying ourselves over and over again with gun-fu or something like that. And because the character is different, we're going to get a different take on things. But as far as the level, the competence or the style of action? Yes. I plan to be there to assist whenever I can. And our 87eleven stunt team will be very actively involved in helping Len in all his action needs.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post