The Hollywood Reporter telah mengesahkan yang aktor Daniel Kaluuya akan tampil dalam filem animasi Spider-Man: Across the Spider-Verse, memberikan suara untuk watak Spider-Punk!

BERKAITAN: Sony Umumkan Penundaan Tayangan Filem Spider-Man: Across The Spider-Verse

Kaluuya akan memberikan suara untuk watak Hobart “Hobie” Brown, atau lebih dikenali sebagai Spider-Punk. Watak tersebut sinonim dengan penampilan punk, lengkap dengan mohawk berduri di kepalanya, dan menyarungkan jaket denim beserta gitar elektrik. Watak tersebut merupakan seorang remaja gelandangan yang digigit labah-labah radioaktif dan menjadi Spider-Man yang diinspirasikan dari muzik punk rock.

Selain Kaluuya, Spider-Man: Across the Spider-Verse akan menampilkan beberapa lagi varian Spider-Man yang berlainan. Terbaharu, laporan menyatakan yang Spider-Man versi Tom Holland (dari MCU) dan Peter Parker dari permainan video Marvel’s Spider-Man keluaran Insomniac Games, turut akan  tampil dalam filem berkenaan untuk peranan cameo. Cameo lain yang turut disahkan akan muncul adalah Spider-Woman, Spider-Gwen dan Scarlet Spider.

BERKAITAN: Tajuk Terbaharu Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse – Part II Diumumkan

Filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) menampilkan watak utama iaitu remaja bernama Miles Morales, yang menjadi Spider-Man dan bergabung tenaga dengan beberapa lagi Spider-Man dari realiti berbeza untuk menghentikan ancaman jahat. Filem ini telah memenangi Anugerah Academy pada tahun 2019 dalam kategori Filem Animasi Terbaik, selain mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD375.5 juta di seluruh dunia.

Spider-Man: Across the Spider-Verse dijadualkan untuk tayangan pada 2 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post