Godzilla menyambut 'hari lahirnya' yang ke 68 tahun beberapa hari lalu, atau secara tepatnya pada 3 November 2022. Dikenali di seluruh dunia sebagai Godzilla Day, beberapa pengisian khas telah diatur dan dilaksanakan untuk watak Kaiju popular itu, dan studio perfileman Jepun, iaitu Toho telah mengumumkan yang mereka sedang menyiapkan filem baharu Godzilla yang akan ditayangkan dalam tempoh 1 tahun akan datang!

Pengumuman filem baharu Godzilla itu akan menjadikannya filem Godzilla tempatan Jepun pertama sejak tayangan filem Shin Godzilla (2016) yang mendapat sambutan menggalakkan. Projek baharu itu masih belum mempunyai tajuk rasmi, dan Toho masih belum mendedahkan perincian untuk filem tersebut. Apa yang diketahui kini, filem tersebut akan diarahkan oleh VFX artist merangkap pengarah Takashi Yamazaki.

Filem pertama Godzilla, yang diterbitkan di Jepun selepas kemusnahan dihadapi Jepun dalam peristiwa Perang Dunia Kedua, dihasilkan dan diarahkan oleh Ishirō Honda, dan diterbitkan  oleh Toho pada 1954. Sehingga kini, Godzilla telah mempunyai sebanyak 37 filem — 32 daripadanya diterbitkan oleh Toho, satu diterbitkan oleh TriStar Pictures, dan 4 diterbitkan oleh Legendary Pictures — menjadikannya salah satu daripada francais paling berjaya dalam sejarah. Terbaharu, Legendary Television kini sedang membangunkan siri TV Godzilla untuk tayangan di Apple TV+.

BERKAITAN: Godzilla Vs Kong Bertarung - Trailer Pertama Diperlihatkan!

Untuk rekod, filem terbaharu Godzilla, iaitu Godzilla Vs. Kong, merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD470 juta, walaupun ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post