Aktor Djimon Hounsou dan bekas anggota kumpulan pop Spice Girls, Geri Halliwell-Horner dilaporkan bakal terlibat dalam filem Gran Turismo, adaptasi oleh Sony Pictures dan PlayStation Productions berdasarkan permainan video terkemuka dengan tajuk sama.

Diarahkan oleh Neill Blomkamp (yang terkenal dengan filem sains fiksyen seperti District 9 dan Elysium), filem Gran Turismo turut dibarisi pelakon-pelakon seperti Daniel Puig, Naomi, Josha Stradowski dan Thomas Kretschman, selain turut menampilkan David Harbour, Archie Madekwe dan Orlando Bloom. Skrip filem tersebut digarap oleh Jason Hall dan Zach Baylin, dan kini dilaporkan sedang menjalani penggambaran di Hungary.

Menampilkan jalan cerita berdasarkan kisah sebenar, ianya menampilkan kisah seorang pemain permainan video Gran Turismo remaja yang skil permainannya telah membawanya memenangi siri kejuaraan Nissan sehingga membolehkannya menjadi seorang seorang pelumba kereta sebenar. Madekwe akan melakonkan watak remaja tersebut, manakala Harbour merupakan seorang pelumba yang telah bersara dan akan melatihnya untuk berlumba. Hounsou dan Halliwell-Horner melakonkan watak ibubapa kepada remaja tersebut, manakala Stradowski pula melakonkan watak pelumba yang menjadi pesaing kepada remaja tersebut.

Sony Pictures dilaporkan akan menayangkan filem Gran Turismo di pawagam pada 11 Ogos 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post