Ya, kami tahu kami agak terlewatkan berkongsikan trailer filem kedua Avatar, diberi tajuk Avatar: The Way of Water ini. Trailer penuh filem Avatar: The Way of Water yang diperlihatkan beberapa hari lalu, memberikan gambaran terbaharu dunia Pandora, dan keindahan dasar laut dunia fiksyen tersebut. Saksikan trailer filem Avatar: The Way of Water di bawah:

BERKAITAN: Tajuk Rasmi Avatar 2 Diumumkan, Bakal Ditayangkan Disember 2022

Dari trailer tersebut, dapat dijangkakan perkaitan antara watak Kiri, Jake dan anak angkat Neytiri (lakonan Sigourney Weaver), dan Grace Augustine, watak yang dilakonkan Weaver sebelum ini dapam filem pertama. Kiri diperlihatkan berupaya mendengar 'denyut jantung' semangat planet tersebut yang digelar Eywa. Selain itu, ia turut memperkenalkan kaum Metkayina yang tinggal di air, diketuai oleh Tonowari (lakonan Cliff Curtis).

Sinopsis rasmi filem Avatar: The Way of Water adalah seperti berikut;

Set more than a decade after the events of the first film, Avatar: The Way of Water begins to tell the story of the Sully family (Jake, Neytiri, and their kids), the trouble that follows them, the lengths they go to keep each other safe, the battles they fight to stay alive, and the tragedies they endure.

Filem Avatar: The Way of Water dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 16 Disember 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post