Selaku peminat dunia Star Wars, kami juga adalah di antara peminat yang tidak sabar menantikan The Mandalorian Musim 3, menyambung kembali pengembaraan Din Djarin. Dan kini, laporan terbaharu menyatakan telah ada tarikh tayangan untuk musim terbaharu siri Disney+ tersebut.

Menurut laporan oleh Making Star Wars, terdapat sumber memberitahu portal tersebut bahawa tarikh tentatif untuk tayangan siri Disney+ The Mandalorian Musim 3 adalah pada 22 Februari 2023. Walaupun masih sekadar khabar angin dan bukanlah tarikh rasmi, namun trailer The Mandalorian Musim 3 sebelum ini juga menyatakan yang musim ketiga itu akan ditayangkan pada 2023. 

Untuk rekod, The Mandalorian Musim 3 telahpun selesai penggambaran pada April lalu, menyambung semula pengembaraan Din Djarin (lakonan Pablo Pascal), seorang pahlawan Mandalore. Watak tersebut juga sebelum ini telah muncul dalam satu lagi siri Disney+, The Book of Boba Fett.

BERKAITAN: Review Siri Disney+ The Mandalorian Musim 1 & Musim 2

Christopher Lloyd (Doc Brown dalam siri filem Back to the Future) turut disahkan akan muncul dalam The Mandalorian Musim 3 ini nanti. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post