Filem sekuel Godzilla vs. Kong (2021) kini telahpun selesai penggambaran, dan kini dikhabarkan yang tajuk rasmi filem sekuel tersebut berkemungkinan telah tertiris berdasarkan hadiah yang diberikan kepada para pelakon dan krew filem tersebut!

BERKAITAN: Legendary Mengumumkan Barisan Pelakon Dan Sinopsis Filem Sekuel Godzilla vs. Kong

Dalam satu untaian tweet yang menyatakan penghargaan terhadap para pelakon dan krew yang terlibat usai sahaja penggambaran, beberapa gambar hadiah-hadiah untuk mereka, termasuklah topi, t-shirt dan lain-lain — jelas terpampang cetakan tajuk Godzilla and Kong, menyebabkan ramai peminat berspekulasi bahawa itulah tajuk rasmi filem sekuel berkenaan. 

Namun begitu, masih belum ada pengumuman rasmi tentang tajuk sebenar filem sekuel berkenaan dari pihak penerbit filem. 

BERKAITAN: Sambungan Filem Godzilla vs. Kong Kini Memulakan Penggambaran Di Australia

Sinopsis rasmi filem sekuel Godzilla vs. Kong itu adalah seperti berikut:

This latest entry follows up the explosive showdown of Godzilla vs. Kong with an all-new cinematic adventure, pitting the almighty Kong and the fearsome Godzilla against a colossal undiscovered threat hidden within our world, challenging their very existence — and our own. The epic new film will delve further into the histories of these Titans, their origins, and the mysteries of Skull Island and beyond, while uncovering the mythic battle that helped forge these extraordinary beings and tied them to humankind forever.

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Sambungan Filem Godzila Vs. Kong Diumumkan!

Filem kelima dalam francais filem dinamakan Monsterverse itu akan diarahkan sekali lagi oleh Adam Wingard. Filem Godzilla vs. Kong (2021) yang juga diarahkan beliau, merekodkan kutipan keseluruhan lebih USD460 juta di seluruh dunia walaupun ditayangkan serentak di pawagam dan juga di saluran penstriman HBO Max. 

Filem sekuel Godzilla vs. Kong ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 15 Mac 2024.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post