SPOTV mengumumkan kolaborasi dengan All Elite Wrestling (AEW) hari ini untuk menyiarkan dan strim konten AEW di saluran televisyen dan servis OTT kepada peminat sukan di Asia Tenggara. Perjanjian bersejarah ini menandakan pertama kalinya AEW ditayangkan di Malaysia, secara ekslusif kepada penonton SPOTV.

AEW adalah liga gusti profesional yang baru yang sedang meningkat naik dengan rating tinggi, aksi kelas dunia dan menghiburkan. Konten AEW boleh mula disaksikan pada 2 Disember di saluran SPOTV begitu juga aplikasi striming SPOTV, SPOTV NOW.

Selain daripada ahli gusti ternama seperti Chris Jericho, Samoa Joe, Jon Moxley, Bryan Danielson, Claudio Castagnoli dan Sting, AEW dalam masa yang sama membentuk bintang-bintang gusti yang baru seperti MJF, Darby Allin, Jungle Boy, Jade Cargill, Dr. Britt Baker, Toni Storm, Ricky Starks dan Powerhouse Hobbs. Dalam pada itu, AEW juga telah melancarkan permainan video, patung figura, kad trading, barangan rasmi dan lain-lain lagi.

Setiap minggu, para peminat boleh menikmati aksi dari AEW: DYNAMITE dan AEW: RAMPAGE. Selain itu, peminat juga akan mendapat akses kepada acara pay-per-view AEW - REVOLUTION, DOUBLE OR NOTHING, ALL OUT dan FULL GEAR.

CEO SPOTV, Lee Choong Khay berkata: 

Kami sangat teruja untuk bekerjasama secara ekslusif dengan AEW di Malaysia dan tidak sabar untuk terus bekerjasama bagi mengembangkan dan meningkatkan jenama ini di selurus Asia Tenggara. Konten AEW dan daya tarikannya kepada penonton di Asia Tenggara juga sesuai dengan SPOTV, sementara kami terus berusaha untuk memberikan aksi sukan terbaik kepada para penonton kami.

CEO dan Ketua Kreatif AEW, Tony Khan pula berkata: 

Kami teruja dengan kerjasama dengan SPOTV ini untuk menyiarkan aksi gusti profesional terbaik yang dinantikan oleh penyokong di Malaysia. Baru-baru ini kami telah meraikan ulang tahun ketiga bagi AEW Dynamite, dan semakin ramai penyokong di serata dunia dapat menyaksikan jalan cerita yang dinamik, aksi hebat dan pertempuran menarik bintang-bintang dunia setiap minggu.

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa peminat lebih dekat dengan acara sukan terkenal dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga konten ekslusif belakang tabir di @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok and Twitter. SPOTV NOW boleh didapatkan di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, and Singapura di Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV di Malaysia boleh didapati di Astro dan Unifi TV.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post