Lionsgate telah memperlihatkan trailer penuh pertama filem John Wick: Chapter 4,  yang dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mac 2023.

Saksikan trailer filem John Wick: Chapter 4 di bawah:

BERKAITAN: Teaser Trailer Filem John Wick: Chapter 4 Diperlihatkan!

Sinopsis rasmi filem John Wick: Chapter 4 adalah seperti berikut:

John Wick (Keanu Reeves) uncovers a path to defeating The High Table, but before he can earn his freedom, Wick must face off against a new enemy with powerful alliances across the globe and forces that turn old friends into foes.

Penghasilan filem John Wick: Chapter 4 telah diumumkan sejurus tayangan filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum, yang mencatatkan kutipan membanggakan sebanyak lebih USD300 juta di seluruh dunia. Filem keempat dalam francais filem John Wick ini menyaksikan kembalinya Keanu Reeves sebagai pembunuh upahan legenda, yang kali terakhir dilihat di layar perak, mengalami beberapa kecederaan selepas jatuh dari bumbung Hotel Continental.

BERKAITAN: Beberapa Perkembangan Terbaharu Filem John Wick: Chapter 4 Diumumkan!

Selain beliau, pelakon yang telah disahkan akan tampil semula dalam filem John Wick: Chapter 4 adalah Lance Reddick dan Ian McShane, selain penampilan baharu oleh Rina Sawayama, Shamier Anderson, Bill Skarsgard, Clancy Brown, Hiroyuki Sanada dan Donnie Yen yang dilaporkan akan melakonkan watak sahabat lama kepada John Wick.

John Wick: Chapter 4 diarahkan oleh Chad Stahelski, dan dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mac 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post