Akaun Twitter rasmi filem Spider-Man: Across the Spider-Verse telah memperlihatkan pandang pertama untuk watak penjahat utama filem tersebut, iaitu Spot.

BERKAITAN: Sony Umumkan Penundaan Tayangan Filem Spider-Man: Across The Spider-Verse

Watak Spot diberikan suara oleh Jason Schwartzman, dan mempunyai keupayaan untuk menggunakan portal interdimensi di seluruh badannya untuk memanipulasi serangan pihak lawan. Watak Spot mula muncul dalam komik Spectacular Spider-Man #97 hasil karya Al Milgrom dan Herb Trimpe. Ianya merupakan kali pertama watak ini ditampilkan dalam mana-mana filem Spider-Man. Berikut adalah design bagi watak Spot dalam filem Spider-Man: Across the Spider-Verse:

Menurut pengarah bersama filem Spider-Man: Across the Spider-Verse, Kemp Powers:

For those who are not hardcore canon nerds, The Spot is one of the deepest cuts in Spider-Man’s rogue gallery. But he has a super-power that really excited our entire team: His entire body is covered in little interdimensional portals that can send him anywhere he wants to go.

BERKAITAN: Tajuk Terbaharu Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse – Part II Diumumkan

Pada April lalu, Sony Pictures mengumumkan yang Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, dan Justin K. Thompson akan bertindak sebagai pengarah bersama untuk filem tersebut. Manakala pengarah filem terdahulu (Spider-Man: Into the Spider-Verse), iaitu Peter Ramsey akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. 

Filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) menampilkan watak utama iaitu remaja bernama Miles Morales, yang menjadi Spider-Man dan bergabung tenaga dengan beberapa lagi watak Spider-Man dari realiti berbeza untuk menghentikan ancaman jahat. Filem ini telah memenangi Anugerah Academy pada tahun 2019 dalam kategori Filem Animasi Terbaik, selain mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD375.5 juta di seluruh dunia.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post