Pengarah yang terkenal dengan filem Fast & Furious, iaitu Justin Lin dilaporkan telah terpilih untuk mengarahkan filem adaptasi live-action manga dan anime terkenal. iaitu One-Punch Man!

Menurut laporan oleh portal Deadline, Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner yang bertanggungjawab di sebalik filem Venom dan Jumanji: The Next Level, akan bertindak sebagai penulis lakon layar untuk filem One-Punch Man ini. Sebelum ini, Justin Lin dikaitkan dengan filem Fast X, namun telah menarik diri dari filem tersebut akibat percanggahan pendapat dengan Vin Diesel.

Sony Pictures berjaya memperolehi hak penghasilan filem One-Punch Man dan penerbit manga Shueisha, yang mana dijangka filem One-Punch Man akan memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini.

Pada awalnya, manga One-Punch Man dihasilkan pada tahun 2009 oleh pelukis Jepun, ONE dan bermula dengan hanya sebuah webcomic. Namun pada 2012, ianya telah diterbitkan dalam komik Young Jump Next oleh Shueisha. Semenjak itu, jualan untuk siri tersebut melonjak sehingga melebihi 30 juta sainan di seluruh dunia. Ianya mengisahkan watak Saitama, seorang superhero yang boleh menewaskan lawannya hanya dengan satu tumbukan sahaja, namun menjadi bosan kerana tidak berjumpa dengan lawan yang boleh menandingi kekuatannya.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post