Marvel Studios telah memperlihatkan beberapa poster terbaharu filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Filem arahan Sam Raimi dan dibintangi Benedict Cumberbatch itu akan ditayangkan di pawagam bermula 4 Mei 2022. Saksikan poster-poster Doctor Strange in the Multiverse of Madness di bawah:



Selain itu, TV spot terbaharu Doctor Strange in the Multiverse of Madness bertajuk Dream turut diperlihatkan. Saksikan di bawah:

BERKAITAN: Trailer Doctor Strange in the Multiverse of Madness Diperlihatkan, Ada Professor X!

Jika dilihat dari TV spot terbaharu Doctor Strange in the Multiverse of Madness itu, nampaknya sahlah yang watak anak-anak Wanda, iaitu Billy (lakonan Julian Hilliard) dan Tommy (lakonan Jett Klyne) dari siri Disney+ WandaVision akan kembali, selain turut memperlihatkan Zombie Strange yang berkemungkinan telah cross over dari dunia realiti yang berlainan sewaktu kejadian di penghujung filem Spider-Man: No Way Home.

Berikut adalah sinopsis rasmi Doctor Strange in the Multiverse of Madness :

“In the film, the MCU unlocks the Multiverse and pushes its boundaries further than ever before. Journey into the unknown with Doctor Strange, who, with the help of mystical allies both old and new, traverses the mind-bending and dangerous alternate realities of the Multiverse to confront a mysterious new adversary.”

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness merupakan filem MCU pertama yang mengetengahkan elemen seram dan mistik, menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali melakonkan watak Dr. Stephen Strange. Satu lagi watak besar yang telah disahkan muncul dalam filem ini adalah Scarlet Witch, lakonan Elizabeth Olsen (siri Disney+ WandaVision adalah berkait langsung dengan filem ini). Doctor Strange in the Multiverse Madness juga akan terkait secara langsung dengan kejadian yang berlaku dalam siri Disney+ Loki dan filem Spider-Man: No Way Home.

BERKAITAN: Sam Raimi Mengesahkan Beliau Akan Mengarahkan Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Darkness

Selain Cumberbatch, filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness menampilkan semula Chiwetel Ejiofor, Benedict Wong, dan Rachel McAdams, yang menyambung watak mereka sebelum ini sebagai  Mordo, Wong dan Dr. Christine Palmer. Selain itu, filem ini juga akan menyaksikan buat pertama kalinya penampilan watak America Chavez di layar perak, yang dilakonkan oleh Xochitl Gomez.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post