Kami akui agak terlambat menonton filem ini, dan hanya sempat menontonnya selepas disiarkan melalui saluran penstriman Disney+ Hotstar. Berikut adalah review filem Death On The Nile dari kami.

Death On The Nile adalah filem adaptasi daripada novel karya Agatha Christie dengan tajuk yang sama. Ianya berkisarkan watak seorang detektif iaitu Hercule Poirot, yang secara tak sengaja terpaksa menyiasat dan menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang wanita bangsawan yang sedang bercuti di atas sebuah bot persiaran mewah di Sungai Nil. Bersama-samanya ketika itu adalah beberapa orang ahli keluarga dan kenalan kepada mangsa, dan Poirot terpaksa menggunakan kemahiran detektifnya untuk mengesan suspek yang mempunyai motif untuk membunuh mangsa. Berjayakah Poirot mengesan pembunuh tersebut, dan mengelakkan lebih ramai lagi mangsa yang terkorban? Death On The Nile boleh ditonton di Disney+ Hotstar. 

Death On The Nile merupakan sekuel kepada filem Murder on the Orient Express (2017) dan masih boleh difahami walaupun kalian tidak menonton filem sebelumnya. Apa yang menarik perhatian kami adalah setting yang digunakan sebagai latar filem ini, iaitu pada tahun 1937. Cara percakapan, pakaian, solekan, dandanan rambut, malahan kapal persiaran yang digunakan sebagai lokasi hampir keseluruhan waktu jalan cerita filem ini juga jelas menunjukkan babak di zaman tersebut.  

Filem Death On The Nile agak menarik, dengan jalan cerita yang mudah difahami. Cuma mungkin agak kurang menangkap adalah elemen suspense dan misteri, walaupun selepas motif pembunuhan seakan telah berjaya dibongkar oleh Poirot. Lebih menarik, jika akan biasa dengan watak komik dan anime Detective Conan, anda akan dapat merasakan seakan ada 'vibe' Conan terutamanya dalam babak penyiasatan Poirot terhadap ahli keluarga dan rakan terdekat mangsa yang turut sama mengikuti percutian di atas kapal persiaran tersebut. 

Secara umumnya, premis dan jalan cerita filem Death On The Nile adalah straight forward dan amat mudah difahami. Ianya menjadi menarik apabila terdapat elemen misteri dan penyiasatan diselitkan dalam babak-babaknya sehingga menarik penonton untuk tidak terlepas perincian terhadap kes pembunuhan yang menjadi fokus utama filem ini. Ianya masih menghiburkan untuk ditonton bersama keluarga.

RATING SEMBANGFILEM: 4.2/5 bintang


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post