Selepas penghasilan filem Venom (2018), Sony Pictures terus 'mengacah' peminat filem untuk penampilan watak Carnage pula dalam filem akan datang mereka. Kini, Sony Pictures telah memperlihatkan trailer terbaharu mereka untuk filem Venom: Let There Be Carnage yang akan dibintangi oleh Tom Hardy dan Woody Harrelson. Saksikan trailer filem Venom: Let There Be Carnage di bawah :


Trailer tersebut memperlihatkan simbiot Venom yang semakin semakin selesa dengan Eddie Brock (lakonan Tom Hardy), walaupun masih lagi bergelut untuk mengawal Venom daripada 'keluar' bila-bila masa sahaja dan mendedahkan identitinya kepada umum. Peminat filem juga dapat melihat buat pertama kalinya transformasi Cletus Kasady (lakonan Woody Harrelson) kepada Carnage, dan bagaimana simbiot itu boleh berpindah kepada Kasay. 

BERKAITAN: Filem Kedua Venom Diumumkan - Diberi Tajuk Venom: Let There Be Carnage

Filem Venom: Let There Be Carnage dijadualkan untuk tayangan pada 24 September ini, dan diarahkan oleh Andy Serkis. Selain Hardy dan Harrelson, filem Venom: Let There Be Carnage turut dibintangi oleh Michelle Williams sebagai Anne Weying, Naomie Harris sebagai Frances Barrison/Shriek, Reid Scott, Stephen Graham dan Peggy Lu.

Sementara menantikan tayangan filem Venom: Let There Be Carnage, jangan lupa baca review filem Venom (2018) yang telah kami ulas sebelum ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post